Cara Buat Terung Goreng Berempah
Bahan-Bahan:
2 terung panjang atau terung bulat
1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil serbuk cili
secubit garam masala kalau ada
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk goreng.
Cara Membuat:
1. Basuh terung dan hiris lebih kurang 5mm ketebalan (jangan terlalu
tebal atau terlalu nipis). Hirisan terung perlu direndam dalam air
supaya terung tidak menjadi lebam. Untuk masakan lain pun sama sama
juga.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.
3. Adunkan semua bahan tepung gorengan. Ambil sekeping terung yang
telah dihiris, tekapkan dalam tepung di dua permukaan hirisan tepung.
Hirisan itu terus masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga
tepungnya menjadi garing.
. Sekiranya anda ingin lebih garing gorengan hirisan terung, bila buat
goreng pertama 23 minit, keluarkan dan sejukan. Goreng kembali selama 12
minit (double frying). Hindarkan minyak berlebihan dengan meletakkan
hirisan terung yang telah goreng di atas “kitchen towel atau tisu dapur.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment