Khasiat Belimbing Buluh Yang Anda Perlu Tahu
Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn
dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi
dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan
perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan
yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Antara Khasiat Belimbing Buluh;
1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila
digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan
kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah
tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga
Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji
bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking.
Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan
mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing
Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas
sarapan pagi setiap hari.
4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;
1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. Ramas
kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
2. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas
sehelai kain bersih. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si
pesakit.
3. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
Untuk Penyakit Darah Tinggi;
1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
2. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada
pada waktu pagi ataupun petang.
3. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.
Antara resepi masakan menggunakan belimbing yang anda boleh cuba ialah Resepi Masak Lemak Udang Belimbing Buluh.
No comments:
Post a Comment