Resepi Donut Inti Coklat & Cheese
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 peket yis segera
2 sudu besar marjerin,
1 sudu besar gula,
2 sudu besar susu pekat,
1 sudu kecil garam
segelas air suam.
Cara Membuat:
1. Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula. Masukkan yis
segera, kacau2 sebati kemudian biarkan sampai yis mengembang dalam 20
minit.
2. Baki setengah cawan air suam tu, larutkan 2 sudu besar susu pekat tadi. Masukkan 1 sudu kecil garam.
3. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk yang sesuai. Masukkan 2 sudu
besar magerin tadi dan ramas2 sampai sebati seperti serbuk roti.
4. Masukkan larutan susu tadi ke dalam tepung. Lepas 20 minit bila
yis dah mngembang masukkan ke dalam tepung dan uli sampai tak melekat di
tangan.
5. Bila dah jadi doh kita rehatkn doh dalam 30 minit. Boleh tutup
dengan kain basah. Selepas 30 minit bila doh dah naik 2 kali ganda tu
kita tumbuk2 skit untuk keluarkan angin dia.
6. Pastu kita uli2 sekejap kemudian kita boleh canaikan doh. jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat.
7. Dah habis bentuk doh kita biarkan dalam 15-20 minit sampai naik
kembang. Terus goreng, kalau biar lebih dari 20 minit nanti dia jatuh
balik tak cun.
8. Kalau untuk inti donut coklat, masukkan 2, 3 keping coklat Beryls dekat dalam pastu bentukkan bulat macam kuih pau tu.
9. Untuk inti cheese pun sama jugak. Kalau nak sedap guna
mozzarella+cheddar cheese. Tapi saya guna cheddar cheese saja pun dah
sedap dah.
10. Lepas tu boleh goreng donut sampai kekuningan. Angkat dan taburkan sedikit gula ising. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment